Barisan Pelakon Gangnam Beauty (drama Korea Selatan)

Utama

  • Im Soo-hyang sebagai Kang Mi-rae [12] [13] [14]
    • Jeon Min-seo sebagai Kang Mi-rae muda
Seorang gadis yang pemalu dan tidak yakin yang mempunyai keyakinan diri yang rendah kerana penampilannya yang "jelek". Dia berhasrat untuk menjalani kehidupan yang "normal" dan tidak suka menonjol. Setelah dibuli di sekolah rendah dan sekolah menengah, dia akhirnya memutuskan untuk menjalani pembedahan kosmetik sebelum memasuki universiti. Semasa memasuki universiti, dia mula merasakan tekanan untuk menjadi "cantik" dan "popular" di kalangan rakan sebayanya. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang pembuat pewangi .
  • Cha Eun-woo sebagai Do Kyung-seok [15] [16] [17]
    • Shin Jun-seop sebagai Do Kyung-seok muda [18]
    • Moon Woo-jin sebagai Do Kyung-seok kanak-kanak.
Seorang pelajar tampan yang bijak dan kaya, tetapi secara diam-diam menyimpan luka emosi dari persekitaran rumahnya yang tidak gembira. Dia tidak peduli dengan apa yang difikirkan oleh orang lain, sehingga kelihatan dingin dan sukar untuk didekati; namun, dia memang mempunyai sifat mengambil berat dalam dirinya. Khususnya, dia tidak mementingkan kecantikan atau penampilan fizikal walaupun dipuji kerana ketampanan beliau.
  • Jo Woo-ri sebagai Hyun Soo-ah [19]
Gadis paling popular di jabatan kimia kerana penampilannya yang cantik. Dia kelihatan naif dan baik tetapi tindakannya membuktikan sebaliknya. Dia sangat memerlukan perhatian dan cinta dari orang lain, dan berusaha mendapatkannya melalui keperibadiannya yang naif kerana dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa gadis-gadis lain lebih mendapat perhatian.Seorang siswazah kimia dan pembantu pengajar di jabatan kimia. Dia juga merupakan teman serumah Do Kyung-seok di kemudian hari. Dia terkenal di kalangan pelajar kerana penampilannya yang tampan dan juga persona ramah dan sopan. Dia menyukai Kang Mi-rae untuk penampilannya tetapi semakin menyukai keperibadiannya kerana mereka berdua berkongsi kepakaran mereka dalam minyak wangi.

Pelakon pembantu

Orang di sekeliling Kang Mi-rae

bapa Kang Mi-rae yang juga seorang pemandu teksi. Beliau pada awalnya menentang pembedahan plastik Mi-rae, namun kemudian mula menerima keadaan Mi-rae.
  • Kim Sun-hwa sebagai Na Eun-sim[21]
ibu Kang Mi-rae. Seorang agen insurans. Beliau membantu Mi-rae dalam mendapatkan pembedahan plastik untuk anaknya tanpa pengetahuan suaminya.rakan Kang Mi-rae dari kecil. Seorang pelajar tahun pertama jurusan psikologi yang mempunyai impian untuk menjadi artis hip-hop. Dia menyukai Yeon Woo-young.

Orang di sekeliling Do Kyung-seok

ibu Do Kyung-seok dan CEO untuk sebuah syarikat kosmetik. Kerana perceraian yang disebabkan oleh perkahwinan yang menderakan, dia telah terlalu lama terpisah dari anaknya, sehinggalah dia dapat bertemu anaknya kembali melalui Kang Mi-rae.
  • Park Sung-geun sebagai Do Sang-won[21]
bapa Do Kyung-seok yang juga seorang ahli kongres yang sedang berkempen untuk menjadi datuk bandar. Seorang yang pentingkan diri sendiri dan mementingkan kerjaya.adik perempuan Do Kyung-seok. Seorang jockey penyiaran internet.rakan Do Kyung-seok dari kecil . Pemilik bar.

Pelajar jurusan kimia

Pelajar tahun pertama yang juga wakil untuk pelajar-pelajar junior. Keperibadiannya yang bergaya membuatkan dia popular di kalangan pelajar. Dia tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam sebarang konflik dan sukakan keadilan. Dia terjumpa Soo-ah di kejiranan dia dan mula mempersoalkan latar belakang keluarga Soo-ah.
  • Jung Seung-hye sebagai Choi Jung-boon
Pelajar tahun pertama. Seorang wanita yang ceria dari kampung dengan loghat yang pekat. Dia menyukai Woo-jin.
  • Jung Hye-rin sebagai Lee Ji-hyo[26]
Pelajar tahun pertama yang berkawan rapat dengan Soo-ah. Dia amat jelas dengan penampilan fizikal dia dan apa yang orang lain fikirkan tentang dia.
  • Kim Do-yeon sebagai Jang Won-ho[27]
Pelajar tahun pertama. Dia menyukai Soo-ah dan menganggap Kyung-seok sebagai lawan dia.
  • Kim Eun-soo sebagai Kim Sung-woon[28]
Pelajar tahun pertama. Kawan baik Jung Won-ho.
  • Oh Hee-joon sebagai Kim Chan-woo[29]
Pelajar tahun pertama yang dalam tahun ketiga dalam semester ulangan. Dia dikenali sebagai master Dog kerana personaliti dia yang kasar. Dia membuli Mi-rae selepas Mi-rae menolak pengakuan cintanya dan kemudia mula menyukai Soo-ah. Dia kemudian dikalahkan oleh Kyung-seok kerana membuli Mi-rae sementara Woo-young mengugut Chan-woo akan merosakkan masa depan dia jika dia mengulangi perbuatan tersebut.
  • Ryu Ki-san sebagai Goo Tae-young[30]
Pelajar tahun kedua. Presiden jawatankuasa pelajar. Dia tidak tegas dalam pendiriannya dan berasa ragu-ragu untuk bertemu janji dengan Tae-hee.
  • Bae Da-bin sebagai Kwon Yoon-byul[31]
Pelajar tahun kedua. Naib presiden jawatankuasa pelajar. Dia mempunyai pendirian tegas dan bertanggungjawab, dengan personaliti yang sangat jujur dan berterus-terang. Dengan penampilan dia yang agak kelelakian, Yoon-byul amat popular di kalangan pelajar perempuan. Dia menyukai Woo-young, namun cintanya ditolak.
  • Lee Ye-rim sebagai Kim Tae-hee[32]
Pelajar tahun kedua. Setiausaha dalam jawatankuasa pelajar. Dia berasa ragu-ragu kerana bentuk badannya yang tembam. Dia menyukai Tae-young.
  • Baek Soo-min sebagai Go Ye-na
Pelajar tahun kedua. Ahli dalam jawatankuasa pelajar yang bertanggungjawab untuk hal-ehwal pelajar. Dia pernah menjadi pelajar perempuan paling popular dalam Jabatan Kimia hingga Soo-ah datang. Dia pernah menyukai Kyung-seok, namun kemudian mempunyai perasaan terhadap Jung-ho.Pelajar tahun kedua. Seorang yang suka menetapkan suasana ceria di kalangan pelajar. Dia menyukai Ye-na sejak tahun pertama.
  • Seo Ji-hye sebagai Min-ah[34]
Pelajar tahun kedua. Dia suka bergosip
  • Kim Il-rin sebagai Yeo-woo[35]
Pelajar tahun kedua. Seorang yang dangkal yang hanya menitikberatkan penampilan luaran.
  • Ham Sung-min sebagai Jung Dong-won[36]
Pelajar tahun pertama. Dia seorang motae solo dan otaku dengan kehadiran yang besar dalam komuniti Internet. Dia hanya berhalusinasi bahawa Soo-ah menyukai dia.
  • Kim Min-ha sebagai Sun-mi
Pelajar tahun kedua. Dia mempunyai hubungan yang bagus dengan pelajar junior.

Lain-lain

  • Jung Myung-hoon sebagai Young-mo
Ketua Dewan Nasional. Pembantu Do Sang-won.
  • Ji Sang-hyuk sebagai Lee Soo-hyun[37]
Pengarah perniagaan sebuah syarikat kosmetik yang diketuai oleh Nae-seong.
  • Ha Kyung sebagai Yong Chul
Orang yang menolak cinta Mi-rae dengan kasar sekali semasa sekolah rendah, kebanyakannya kerana penampilan fizikal Mi-rae.
  • Yoo In-soo sebagai Park Rae-sun[38]
  • Cha Bo-sung sebagai Ye Joon, pelajar junior (Ep. 2-3)

Penampilan khas

Rujukan

WikiPedia: Gangnam Beauty (drama Korea Selatan) http://sports.donga.com/3/all/20180531/90339570/2 http://tenasia.hankyung.com/archives/1502152 http://tenasia.hankyung.com/archives/1524794 http://enews.imbc.com/News/RetrieveNewsInfo/236854 http://www.imdb.com/title/tt8585954/ http://tv.jtbc.joins.com/beauty http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2018... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2018...